Uncategorized

Admin FB Fuziah Salleh mohon maaf kongsi berita palsu rempuhan di CIQ JB

PENGENDALI (admin) Facebook rasmi bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Fuziah Salleh memohon maaf berikutan berkongsi berita kononnya berlaku situasi luar kawalan di Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Johor Bahru.

Dalam hantaran di Facebook Ahli Parlimen Kuantan itu semalam, admin terbabit berkongsi klip video sekumpulan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura berkumpul di CIQ berkenaan, mendakwa mereka cuba pulang beramai-ramai ke  Malaysia.

“Sedang berlaku di CIQ JB. Pekerja Malaysia di Singapura cuba balik ke Malaysia secara beramai-ramai. Harap adalah hotel 5 bintang untuk kuarantin mereka,” tulis admin FB Fuziah Salleh.

Bagaimanapun hantaran tersebut kemudiannya dipadam kerana video yang dikongsi itu adalah video lama . Admin FB terbabit kemudiannya meminta maaf dan berharap hantaran itu tidak mencetuskan suasana panik.

“Admin mohon maaf tersilap post video lama. Dan sudah pun di delete.Harap tidak menyebabkan panik!”

Sementara itu Jabatan Imigresen Malaysia menafikan berlaku rempuhan sekumpulan warga Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) semalam.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, video rempuhan berkenaan yang dikongsi di media sosial adalah suasana latihan kebakaran di BSI yang dilaksanakan pada 18 Disember 2019.

“JIM mengambil serius perbuatan penularan video berkenaan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab yang berniat untuk menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat. Satu laporan polis akan dibuat oleh pihak JIM Johor,” kata Khairul Dzaimee.-SM

 

 

(Visited 438 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button