Uncategorized

“Wajib Tolak Kelas Fizikal Secara Mandatori”, – Ini Amaran Pelajar UM Yang Disanjung Tinggi

Sekarang bukan zaman endemik sepenuhnya, apahal Universiti Malaya (UM) tergamak nak bunuh para pelajarnya dengan memaksa datang ke kelas secara fizikal?

Sepatutnya UM pastikan para pelajarnya bukan sekadar study from anywhere malah tak nak datang kelas pun wajib dimasukkan dalam silibus kerana inilah kehendak pelajar UM.

Jangan malukan pelajar UM yang disanjung tinggi yang sudah melakukan sidang media dan menghebahkan perkara ini kerana satu Malaysia sudah tahu.

Kegagalan UM menghapuskan kelas fizikal secara mandatori adalah satu tindakan yang mundur dan menguncupkan ekonomi negara ke tahap yang menghinakan.

Malah para pelajar UM yang membuat demonstrasi ini wajar diberikan anugerah dekan secara atas talian agar penghargaan yang diterimanya boleh discreen shot.

The Proffessor pun pening betul dengan para pelajar zaman sekarang. Tak tahulah. Penat pula memikir ragam anak bangsa zaman sekarang. Ini kalau mati pun minta malaikat soal atas katil gamaknya!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button