Nasional
Wajib pakai pelitup separuh muka di tempat sesak mulai 1 Ogos
PEMAKIAN pelitup separuh muka akan diwajibkan di pengangkutan awam dan tempat-tempat awam yang sesak bermula 1 Ogos ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata orang ramai boleh dikompaun RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu.
“Keputusan ini dibuat semasa Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya pada sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen di sini, hari ini. – BERNAMA