Mahkamah

Kes warga Indonesia bunuh tiga lelaki senegara disebut semula 21 Ogos

MAHKAMAH Majistret hari ini menetapkan 21 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes seorang bekas pekerja ladang warga Indonesia yang didakwa membunuh tiga lelaki senegara pada Disember tahun lepas.

BERNAMA melaporkan, Majistret Tan Chai Wei menetapkan tarikh berkenaan bagi penyerahan dokumen selepas Timbalan Pendakwa Raya, Ummi Amyra Natasha Azhar memohon tarikh baharu memandangkan laporan kimia, bedah siasat dan asid deoksiribonukleik (DNA) masih belum diperoleh.

Tertuduh, Mohamad Rozak Nor, 20, didakwa di Mahkamah Majistret Rembau pada 24 Jun lalu atas pertuduhan membunuh Hari Sucipto, 19, Ramdani Sahrul, 20 dan Gunawan Pani, 20, di rumah kongsi pekerja Ladang Chin Fatt di Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan, antara pukul 10.40 malam sehingga 11 malam, 5 Disember 2019.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. – SM

(Visited 132 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button