‘VVIP’ pernah bertemu Azilah, dakwa Shafee
PUTRAJAYA: Peguam Najib Razak mendakwa “beberapa individu” pernah mengunjungi bekas pegawai polis, Azilah Hadri, yang berdepan hukuman mati atas pembunuhan Altantuya Shaariibuu, dalam cubaan memujuk dia membabitkan bekas perdana menteri itu dalam kematian model itu pada 2006.
Muhammad Shafee Abdullah berkata beliau mempunyai “maklumat yang boleh dipercayai” bahawa Azilah pernah bertemu seorang “VVIP” di luar Penjara Sungai Buloh sejak Februari.
“Saya tidak mahu beritahu siapa orang itu atau adakah dia seorang ahli politik,” katanya selepas menghadiri permohonan semakan kes pembunuhan Azilah di pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini.
Najib memohon untuk mencelah semakan Azilah terhadap pensabitan bunuh. Bekas komando Unit Tindakan Khas itu jua membuat satu akuan berkanun (SD) untuk permohonan itu.