fbpx
Politik

Individu-individu dalam gambar hari ini juga mereka yang fitnah saya jual negara – Najib

Individu-individu dalam gambar hari ini juga mereka yang fitnah saya jual negara apabila tuduh saya jual Bandar Malaysia kepada China.

Petang tadi, mereka telah tandatangan perjanjian untuk jual Bandar Malaysia.

– Projek yang sama
– nilai RM140 bilion yang sama
– pembeli yang sama
– peratusan jualan yang sama.

Hari ini, mereka mengeluarkan siaran media bahawa projek ini banyak bagus untuk pembangunan negara dan bakal membawa keuntungan besar kepada Malaysia.

Keuntungan hampir RM100 bilion besarnya – jauh lebih tinggi berbanding hutang RM32 bilion 1MDB.



Apa yang PH cuba sembunyi dalam isu Bandar Malaysia?

Kalau kita perhatikan, ada dua fakta yang PH tak pernah sebut – baik sebelum PRU14 atau selepas menjadi kerajaan:

FAKTA 1. Kewujudan Pangkalan Udara TUDM Sendayan dan Pasukan Gerakan Udara PDRM Subang serta 6 pangkalan lain yang dibina atau dinaiktarafkan oleh 1MDB.

Walaupun nyata-nyata sudah siap dan sedang digunakan, pangkalan-pangkalan ini tidak pernah diakui oleh PH.

Ini ialah kerana PH masih mahu Raykat percaya bahawa 1MDB membeli tanah TUDM Sungai Besi dengan murah.

Tapi yang tidak disebutkan ialah selain harga tanah yang sudah dibayar, syarat pembelian tanah itu juga membabitkan kos pembinaan pangkalan-pangkalan melebihi RM3 bilion yang perlu ditanggung penuh oleh 1MDB melalui sebahagian hutangnya.

Pangkalan-pangkalan ini nyata-nyata sudah dibina dan ada di depan mata tapi PH buat-buat tak nampak!

https://www.bharian.com.my/…/pu-sendayan-pgu-subang-jawab-p…
.

FAKTA 2: Kerajaan PH yang benar-benar jual Sg Besi kepada syarikat China – bukan kerajaan BN.

Memang benar kerajaan BN pernah menjual sebahagian projek Bandar Malaysia di Sg Besi itu pada bulan Disember 2015 kepada sebuah konsortium Malaysia-China.

Namun, penjualan itu sudah dibatalkan pada bulan Mei 2017 kerana kerajaan BN mahu memajukan projek ini melalui kaedah penjualan hak pembinaan dan bukan penjualan tanah.
https://www.freemalaysiatoday.com/…/laporan-najib-batal-pe…/

Dengan kaedah ini, negara boleh menjana keuntungan yang jauh lebih tinggi.

Bagaimanapun, kerajaan PH telah menjual balik sebahagian projek Bandar Malaysia pada bulan April 2019 kepada konsortium Malaysia-China yang sama.

Harga penjualan itu juga tidak pernah didedahkan oleh kerajaan PH (saya diberitahu ianya sekurang-kurangnya RM7.41 bilion).

Semasa PH menjual, Editor Kinibiz P Gunasegaram yang merupakan pengkritik tegar saya pun tanya kenapa PH jual balik projek itu dan tidak mengikut langkah Najib untuk kerajaan memajukan projek itu sendiri.

23 Apr, 2019: Puzzling reinstatement of RM140b 1MDB project
https://www.malaysiakini.com/columns/473316

Dia kata kalau ikut cara Najib, projek itu boleh menjana sekurang-kurangnya pendapatan RM105 bilion (sebenarnya rancangan kita RM140 bilion) dengan keuntungan RM96 bilion.

Kenapa tergesa-gesa jual sekarang dan melepaskan sebahagian besar dari keuntungan amat tinggi projek tersebut?

Keuntungan RM96 bilion dari projek ini sahaja (belum masuk lagi projek RM40 bilion TRX dan perjanjian penyelesaian IPIC) boleh membayar balik 3 kali ganda hutang RM32 bilion 1MDB.

Show More

Related Articles

Back to top button