Nasional

Raja Petra dakwa pemimpin PH temui Azilah di luar penjara

Penulis blog Malaysia-today.net, Raja Petra Kamaruddin mendakwa bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri menerima tawaran meringankan hukuman mati kepada penjara seumur hidup sekiranya membuat akuan bersumpah (SD) bahawa dia menerima arahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurut Raja Petra, tawaran tersebut dibuat seorang pemimpin politik Pakatan Harapan (PH) kepada Azilah dalam beberapa pertemuan sejak Februari lalu yang didakwa berlangsung di luar Penjara Kajang.

Katanya, pada mulanya pemimpin itu menghubungi Sirul Azhar Umar yang kini berada di Australia dan menawarkan RM10 juta sekiranya bersetuju membuat SD sama, sebaliknya bekas anggota polis berkenaan enggan berbuat demikian.

“Selepas Sirul tolak, ahli politik itu menghubungi Azilah di Penjara Kajang dan perjumpaan dibuat luar penjara, jika dalam penjara maka satu dunia akan tahu.

“Seorang pegawai tinggi penjara telah membawa Azilah keluar. Ia bukan sekali tetapi beberapa kali dengan pertemuan bersama ahli politik itu dibuat di satu tempat,” katanya dalam blog Malaysia-today.Net.

Raja Petra berkata, selepas beberapa bulan perbincangan, Azilah akhirnya bersetuju membuat SD untuk menyatakan dia diarahkan secara peribadi membunuh Altantuya.

(Visited 139 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button