Ekonomi

Volkswagen bakal tutup kilang untuk kurangkan kos

BUAT pertama kali dalam sejarah, selepas 87 tahun jenama kereta mewah Volkswagen rancang untuk menutup kilang di Jerman kerana rugi disebabkan pasaran kenderaan elektrik (EV) yang semakin banyak di pasaran.

Sebelum ini syarikat itu pernah mencatat keutugan sebanyak $340 bilion dan penhantran 9.24 juta kenderaan pada tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Volkswagen, Oliver Blume, tidak berselindung dengan menyalahkan persekitaran ekonomi Jerman yang semakin mencabar sebagai salah satu faktor utama di sebalik cabaran ini.

 

“Persekitaran ekonomi semakin sukar dan pesaing baharu banyak yang masuk ke Eropah,” kata Blume dalam satu kenyataan pada hari Isnin.

“Jerman khususnya sebagai lokasi pembuatan semakin ketinggalan dari segi daya saing. Dalam keadaan ini, kami sebagai syarikat perlu bertindak dengan tegas.”

Artikle Berkaitan :>

Mesin penghawa dingin automotif berteknologi baharu dari Speed Car Auto Parts

 

Volkswagen kini terdesak untuk mengurangkan kos sebanyak €10 bilion, yang termasuk pengurangan 20% dalam kos kakitangan pentadbiran.

 

Sebahagian daripada langkah tersebut termasuk menawarkan pakej bersara awal kepada pekerja dan melaksanakan pembekuan pengambilan pekerja baharu.

 

Malah, mereka juga menawarkan bonus khas sebanyak €50,000 kepada pekerja yang bersetuju untuk berhenti.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button