Penyakit

Virus baru muncul lagi? Saintis China kesan varian koronavirus baharu, HKU5-CoV-2

SEKUMPULAN penyelidik dari Institut Virologi China telah mengesan satu lagi varian baharu koronavirus yang dikenali sebagai HKU5-CoV-2, yang berpotensi merebak dalam kalangan manusia.

Pakar virologi, Shi Zhengli, mendedahkan bahawa virus tersebut ditemui dalam haiwan kelawar dan memiliki persamaan ketara dengan virus yang mencetuskan pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu.

HKU5-CoV-2 berasal daripada keluarga merbacovirus, sama seperti Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV), yang sebelum ini diketahui boleh menyebabkan penyakit pernafasan serius. Antara simptom jangkitan termasuk demam, batuk, sesak nafas, cirit-birit, muntah, dan dalam kes tertentu, boleh membawa maut.

Penemuan virus ini menimbulkan kebimbangan global kerana berpotensi menjadi ancaman baharu kepada kesihatan awam sekiranya ia mampu menular secara meluas dalam populasi manusia.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button