Ekonomi

Vietjet perluas laluan penerbangan, rancakkan perjalanan udara Asia-Pasifik

Vietjet telah meraih pencapaian baharu dalam misinya untuk menghubungkan rantau Asia-Pasifik dengan pelancaran penerbangan terus-menerus pertamanya yang menghubungkan Ho Chi Minh City dan Xi’an, China, serta laluan baharu antara Nha Trang dan Daegu, Korea Selatan.
Vietjet dalam kenyataan berkata, inisiatif itu menunjukkan komitmen Vietjet untuk menyediakan pilihan penerbangan lebih lancar dengan harga lebih murah, dan pada masa yang sama meningkatkan kesalinghubungan udara di rantau Asia Tenggara dan juga Timur Laut.
 
“Dengan adanya laluan-laluan baharu ini, Vietjet dapat meluaskan lagi rangkaian penerbangan antarabangsanya, menyediakan akses yang lebih mudah kepada para pelancong untuk ke Vietnam, Asia Tenggara dan rantau Asia-Pasifik.
“Selain itu, laluan penerbangan harian Kuala Lumpur – Ho Chi Minh City yang sedia ada menawarkan pilihan transit yang mudah untuk warga Malaysia yang ingin menerokai Xi’an dan Daegu melalui hab Vietnam.
 
“Untuk meraikan pencapaian yang cemerlang ini, Vietjet menawarkan promosi eksklusif dari 1 Julai hingga 7 Julai 2024 dengan menawarkan satu juta tiket dengan harga bermula daripada RM120 termasuk semua caj untuk semua penerbangannya. 
“Para penumpang Vietjet berpeluang untuk menikmati pelbagai makanan Vietnam dan antarabangsa yang dihidangkan oleh krew profesional di dalam pesawat yang mesra alam dan moden.
“Selain itu, semua penumpang Vietjet dilindungi oleh insurans SkyCare dengan percuma,” kata kenyataan itu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button