Hiburan

Video Muzik Kelepok Raya Takkan Dipadam Walaupun Aliff Syukri Dipanggil SKMM?

Biar pun dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), video muzik Kelepok Raya mungkin akan terus berada di YouTube buat selama-lamanya.

Hal ini demikian kerana berdasarkan kenyataan Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzzaman kepada media, dia setakat ini dipanggil memberi untuk memberi keterangan.

Itu pun selepas rakyat Malaysia memberi desakan agar SKMM mengambil tindakan lanjut ke atas usahawan kontroversi ini kerana menghina norma adat resam Melayu.

Ujar penganalisis isu semasa, perbuatan yang berulang ini hanya akan terhenti jika SKMM mengambil tindakan tegas ke atas individu yang cemarkan norma tempatan.

“Jika sekadar panggil untuk beri keterangan dan siasatan dijalankan namun video muzik berkenaan masuk berada di YouTube, perkara ini tidak akan selesai.

“Lainlah SKMM mengarahkan Aliff Syukri untuk memadamkan terlebih dahulu video muzik berkenaan sehingga siasatan selesai, naratifnya mungkin berubah,” katanya.

@suaramerdekamy

Sepatutnya padam dulu, teruskan siasat. Kalau betul tak bercanggah dengan agama dan budaya watan, reupload balik!

♬ original sound – Suara Merdeka – Suara Merdeka

Penganalisis isu semasa berkata demikian kepada Suara Merdeka mengulas perkembangan semasa apabila Aliff Syukri dipanggil SKMM untuk memberi keterangan.

Penganalisis isu semasa berkata, perkara ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana tindakan Aliff Syukri menggambarkan corak penerimaan pemikiran liberal.

“Mereka yang melakukan tindakan melawan norma watan ini takkan sedar bahawa mereka sedang menyebarkan pemikiran liberal yang bebas melakukan apa-apa sahaja.

“Buktinya jelas apabila Aliff Syukri sengaja memasukkan elemen lelaki lembut bersolek dengan pakaian yang aneh sebagai seni sekali gus menghapus budaya watan,” tegasnya.

Tambahan pula, berapa ratus kali Aliff Syukri mahu membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia yang marah kerana mempertahankan imej, budaya dan warisan?

“Beberapa tahun lepas buat video muzik dengan Muhammad Sajjad, selepas kena kecam. Minta maaf. Sekarang buat video muzik baru. Minta maaf lagi. Tahun depan buat lagi? Jawapan mudah, minta maaf.

“Apakah permohonan maaf kepada rakyat Malaysia begitu murah maruahnya sehingga ia boleh diucap sebegitu mudah atas kesalahan berulang? Kita sebagai rakyat yang harus tentukan!,” tegasnya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button