Ekonomi

Pengguna Raiz boleh menyimpan, melabur duit baki harian mereka secara maya

Raiz Malaysia Sendirian Berhad, syarikat usaha sama antara Raiz Invest Australia Limited (Raiz) dan Permodalan  Nasional Berhad (PNB) meningkatkan lagi pengalaman pelaburan mikro untuk semua penggunanya dengan
membolehkan pautan kad dari semua bank di aplikasi pelaburan mikronya, Raiz, melalui
perkongsiannya dengan Visa.

Dengan ciri auto-bundar Raiz, pemegang kad bank kini dapat menyimpan duit baki harian mereka dan meningkatkan simpanan mereka hanya di belakang tabir sambil menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik.

Ketua Eksekutif Raiz Malaysia, Aidi Izham berkata: “Perjanjian ini adalah detik penting bagi Raiz di Malaysia. Kami teruja dengan peluang dan kemajuan yang telah dicapai melalui hubungan sedia ada dengan Maybank dan PNB.

Kerjasama baru dengan Visa ini akanmembolehkan lebih ramai rakyat Malaysia mengakses semua ciri-ciri aplikasi Raiz untukmenambah baik kedudukan kewangan mereka.”

Raiz, platform perkhidmatan kewangan mudah alih terbesar di Australia, membangunkan aplikasi pelaburan mikro pertama di rantau Asia Tenggara yang membolehkan orang ramai menyimpan dan melabur duit baki harian mereka secara automatik.

Ia berterusan menambah fungsi aplikasinya didorong oleh maklum balas pelanggan.

Raiz memulakan operasinya di Malaysia pada pertengahan tahun 2020 dan sudah mempunyai lebih daripada
100,000 pengguna aktif.

Melalui kerjasama dengan Visa ini, syarikat kini boleh meningkatkan pertumbuhannya di pasaran Malaysia. Raiz juga mempunyai operasi di Indonesia dan kini ingin berkembang ke Thailand. Ia juga merancang untuk memperkenalkan teknologi yang sama ke negara-negara ini. – SM

(Visited 655 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button