Nasional

Video kilang arak beroperasi tanpa kebenaran adalah tidak benar

TIADA kilang minuman keras yag dibenarkan beroperasi seperti yang didakwa dalam satu video yang tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, pihaknya juga sudah memeriksa kilang yang didakwa beroperasi tanpa kebenaran itu.

“Memang tiada kebenaran beroperasi diberikan kepada sebuah kilang minuman keras di Seksyen 15, Shah Alam sejak 1 Jun lepas.

“Kita juga sudah membuat pemantauan pada pukuk 7.40 petang semalam dan mendapati memang tiada sebarang operasi pengilangan arak dijalankan,” katanya.

Menurut Baharuddin, kepulan asap yang dikeluarkan daripada salah satu cerobong kilang itu merupakan wap daripada proses memanaskan sejenis bahan mentah yang menyerupai gandum atau ragi.

Jelasnya, bahan tersebut perlu dipanaskan bagi memastikan ia tidak rosak sepanjang penutupan operasi kilang.

“Wap atau asap perlu dikeluarkan untuk mengelakkan berlaku letupan.

“Proses ini dipanggil ‘Meletakkan Peralatan Pengilangan Dalam Keadaan Siap Siaga’ seperti yang dimaklumkan dalam surat kebenaran meletakkan peralatan kilang itu dalam mod siap siaga daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),” katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial sebuah video yang mendakwa sebuah kilang arak masih beroperasi walaupun larangan telah dikeluarkan kerajaan.

Individu dalam rakaman tersebut mendakwa kilang arak itu sedang beroperasi apabila melihat asap yang keluar daripada cerobong bangunan tersebut. -SM

(Visited 343 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button