Nasional

Vaksin capai 100 peratus, ekonomi bakal kembali pulih

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjangkakan program vaksinasi mampu dicapai 100 peratus lebih awal.

Beliau berkata, dengan usaha mendapatkan pelbagai vaksin dari pelbagai sumber, sasaran 100 peratus vaksinasi tahun hadapan mungkin dapat dicapai lebih awal.

Walaupun vaksin telah diborong negara maju, kata Muhyiddin, Malaysia terus melakukan rundingan bagi memastikan bekalan vaksin diperolehi.

Bekalan yang diperolehi, jelas beliau, cukup untuk lebih 100 peratus penduduk negara ini.

Isunya kini ujar beliau, bila vaksin akan tiba dan prosesnya berjalan lancar dan lebih awal dari perancangan.

Dengan vaksinasi capai 100 peratus, kata Muhyiddin, kerajaan lebih mudah menguruskan ekonomi negara.

Setakat ini terdapat lebih 600 pusat vaksinasi dan apabila bekalan mencapai optimum, dengan cepat ia dapat diselesaikan.

Pusat perubatan swasta, kata beliau akan turut dilibatkan dengan vaksin masih lagi percuma dan hanya sedikit bayaran perkhidmatan dikenakan.

Menyentuh sektor pelancongan yang terjejas teruk, Muhyiddin menjangkakan ia akan mengambil masa hingga tiga tahun untuk pulih.

Selagi orang ramai tidak boleh merentasi negeri dan keluar negara, katanya, pelancongan akan terus pegun.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button