NasionalNegeri

Rakyat Selangor punyai kesedaran tinggi jalani ujian saringan

RAKYAT Selangor dilihat mempunyai kesedaran tinggi untuk memastikan pembendungan wabak Koronavirus (Covid-19) dapat dibendung dengan melakukan ujian saringan.

Malah, mereka sanggup beratur di tengah panas semata-mata menunggu giliran untuk menjalani ujian calitan secara percuma yang dianjurkan oleh kerajaan negeri.

Dalam tinjauan wartawan Suara Merdeka, ujian saringan itu diadakan di Laman Sukan di USJ 1, Subang Jaya mendapati, kebanyakan pengunjung datang lebih awal berbanding waktu temu janji.

Difahamkan, ujian saringan yang diadakan di sana menerima pendaftaran paling ramai iaitu 7,000 orang berbanding tempat lain di seluruh daerah Petaling.

“Di sini, kami menerima pendaftaran seramai 7,000 orang melalui aplikasi Selangkah tidak termasuk penduduk yang datang secara walk-in.

“Mereka sedar kepentingan untuk mengasingkan diri daripada menjangkiti Covid-19 kepada orang lain sekiranya positif.”

Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze, kepada Suara Merdeka hari ini yang turut memaklumkan perkhidmatan ujian saringan secara pandu lalu juga disediakan.

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN), Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze

Program ujian saringan Covid-19 yang dianjurkan bersama Selangor Health Care (SelCare) itu kini sudahpun menerima penyertaan lebih 30,00 orang sejak bermula pada 8 Mei lalu.

Penyertaan ujian saringan secara sukarela itu dijangka terus meningkat berikutan program sama turut akan diadakan di kawasan lain termasuk Petaling, Klang, Sepang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak Bernam.

Sehingga hari ini, daerah yang sudahpun menganjurkan program berkenaan adalah Hulu Langat, Gombak, dan kawasan dalam daerah Petaling seperti Seri Kembangan, Seri Serdang, Kinrara, Subang Jaya dan Seri Setia.

Berikutan itu juga, langkah ini wajar dicontohi negeri-negeri lain untuk mengesan jangkitan wabak Covid-19 supaya pengasingan pesakit dapat dibuat dengan segera untuk memutuskan rantaian penularan pandemik.

Jika program itu dianjurkan, rakyat Malaysia umumnya bersedia untuk menjalani ujian saringan dan mengambil langkah wajar untuk memutuskan rantaian Covid-19 jika disahkan positif. – SM

(Visited 322 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button