Hiburan

Uyaina Arshad, Raja Syahiran selamat dinikahkan

PENGACARA dan pelakon, Uyaina Arshad sah bergelar isteri kepada penyanyi Raja Syahiran dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis tertutup di The Colony, Star Boulevard KLCC pada pukul 9.03 pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh abang kandung Uyaina iaitu Mohd Attaful Uzair Arshad bersaksikan Pendaftar Penikahan Perceraian dan Rujuk Orang Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abd Nasir Abdullah serta dua orang saksi.

Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 29, menzahirkan rasa syukur acara akad nikahnya berjalan lancer walaupun berdeban dengan pelbagai dugaan.

“Alhamdulillah majlis pernikahan kami berjalan dengan lancer pagi ini. Sebenarnya kami sudah merancang pernikahan ini sejak beberapa bulan lalu namun banyak pertukaran dari segi perancangan majlis.

“Ia berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang cepat berubah dan terkini. Selain itu, kejadian banjir terburuk yang berlaku pada dua hari sebelum nikah turut memberi cabaran kepada kami,” katanya.

Raja Syahiran, 28 menyerahkan mas kahwin berupa set barangan kemas kepada Uyaina dan tiada pertukaran dulang hantaran antara kedua belah pihak.

Pasangan itu merahsiakan jumlah wang hantaran atas persetujuan kedua belah keluarga.

Majlis akad nikah pasangan itu dihadiri oleh 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga serta rakan terdekat sahaja dan belum mempunyai perancangan untuk melangsungkan majlis resepsi.

Pasangan tersebut yang kelihatan berseri dalam persalinan baju melayu dan baju kurung Rizman Ruzaini dan dihiasi barang kemas dari Ceres Jewel memilih Eropah sebagai destinasi bulan madu namun terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan dan SOP negara yang ingin dilawati.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button