UPSI santuni warga pelajar dan komuniti melalui aktiviti kebudayaan
UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengorak inisiatif menyantuni warga pelajar dan komuniti setempat menerusi pelbagai aktiviti kebudayaan.
Acara tersebut diadakan sehari iaitu pada 28 Januari lalu yang mana pelbagai aktiviti yang diadakan bermula dari pagi sehingga ke sebelah malam.
Antara aktiviti yang berjaya menarik perhatian khalayak ialah senaman budaya dan persembahan teater.
Seperti mana yang dijangkakan, Konsert Hiruk Pikuk menjadi acara kemuncak malam itu.
Pada persembahan konsert turut dilancarkan lagu tema kebudayaan ‘Terbang bersama’ Dan Rakan Pusat Kebudayaan( PUSKEBMATE).
Dengan pelancaran lagu tema tersebut, pihak UPSI berharap hubungan di antara para pegawai UPSI dan pelajar dapat dirapatkan lagi.
Acara tersebut dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni, Profesor Dr. Norkhalid Salimin.
Sementara itu, Pengarah Pusat Kebudayaan UPSI, Dr Norzuraina Mohd Nor berkata, PUSKEBMATE ini diwujudkan bagi membantu mengembangkan kebudayaan di institusi pengajian tinggi tersebut.
Katanya, kaedah atau pendekatan terbaik adalah melalui aktiviti seni dan pengurusan seni yang mana ia secara tidak langsung dapat mengembangkan bakat-bakat pelajar UPSI dalam bidang seni dan budaya.
Acara konsert turut menampilkan penyanyi Ameng Spring dan Sani Sudin bagi memanaskan pentas persembahan. – SM