NasionalPendidikan

UniMAP sangat ambil berat keselamatan setiap pelajarnya

UNIVERSITI Malaysia Perlis (UniMAP) sangat mengambil berat serta sentiasa memastikan kesejahteraan dan keselamatan bagi setiap pelajarnya.

Sehubungan itu Naib Canselornya, Prof Datuk Ts Dr Zaliman Sauli berkata, pihak asrama mempunyai staf dan fellow yang bertugas untuk memberi kemudahan kepada pelajar.

“Bagi pelajar yang kehilangan atau tertinggal kunci boleh menghubungi pihak asrama atau datang ke pejabat untuk membantu pelajar membuka bilik,” katanya.

Katanya, peraturan asrama yang sedia ada memudahkan pelajar untuk berurusan dengan pihak asrama.

“Pesanan dan notis tidak dibenarkan memanjat koridor sentiasa dipamerkan di setiap blok,” katanya sebagai mengulas kes pelajar yang cedera kerana dipercayai jatuh semasa memanjat bangunan asrama di dalam kejadian pada pukul 3 petang, semalam (1 Mei).

Bagaimanapun pelajar berusia 24 tahun ini yang menginap di Kampus Uniciti Alam, Sungai Chucuh, Padang Besar ini amat bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan iaitu patah kaki kiri.

Beliau kini berada dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di wad orthopedik.

Zaliman juga telah melawat dan bertemu dengan ahli keluarga pelajar berkenaan di HTF Kangar. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button