Rencana

Undang-undang dan peraturan bukan macam buat karangan di sekolah

“Kerajaan telah membenarkan aktiviti riadah seperti jogging dan berbasikal terhad kepada dua (2) orang satu rumah, khusus dalam kawasan kejiranan sahaja.

Itulah ayatnya. Apa maksud kejiranan? Kalau sebelum ini lebih jelas berbasikal radius 10km dari kediaman. Kini berbasikal dalam kawasan kejiranan sahaja.

Mahu muntah bosan kayuh ke rumah jiran sahaja. Buat peraturan yang lebih jelas. Adakah ini bermakna radius 10km tidak terpakai lagi hanya boleh berkayuh ke rumah jiran sahaja.

Atau boleh berkayuh hingga sempadan daerah yang berjiran.

Peraturan yang kelabu dan tidak jelasnya menyebabkan orang ramai tanpa sedar melanggarnya dan dikenakan tindakan.

Rasanya dengan arahan yang tidak jelas ini, pihak berkuasa yang hendak mengambil tindakan pun pening.

Bagi yang biasa berkayuh ratusan kilometer, bagaimana nak berkayuh di kawasan kejiranan sahaja.

Tolonglah pegawai kementerian terbabit janganlah buat karangan di sekolah. Nyatakanlah dengan jelas apa erti peraturan baharu itu.

Menteri pula janganlah sibuk memperkemaskan penampilan diri sahaja. Sekarang rakyat sedang tertekan, kementerian andalah yang seharusnya memainkan peranan besar dalam mengembalikan kestabilan emosi masyarakat.

Janganlah terus membisu dan tiba-tiba saja tampil dengan imej bagaikan artis. Rakyat tidak akan mempersoalkannya jika anda melakukan kerja sewajarnya.

Jadi tidak hairanlah kerja-kerja anda terpaksa dilakukan oleh orang lain seperti Ustaz Ebit Liew.

Jika para menteri dan wakil rakyat berfikir untuk duduk di kerusi empuk sahaja, ia adalah sesuatu yang sangat tidak wajar.

 

(Visited 394 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button