Politik

UMNO, perang saraf dan Kuda Trojan

Analisis

UMNO yang ditubuhkan pada 1946 kini berusia 73 tahun. Baru sahaja menyelesaikan perhimpunan agung parti semalam, sebagai organisasi berpengalaman, pastinya UMNO telah mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran termasuk ‘nafas terhenti seketika’ 9 Mei 2018.

Menariknya, tradisi UMNO meskipun pemimpin silih berganti dipimpin oleh tujuh presiden bermula dengan Dato Onn Jaafar,

perjuangan UMNO masih hidup dan diteruskan. Kini di bawah teraju Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

UMNO masih memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu tanpa mengetepikan kepentingan kaum lain seperti termaktub dalam Perlembagaan negara.

Ibarat pelayaran, UMNO bertukar nakhoda namun perjalanan tetap diteruskan dengan bahtera ini.

Bahtera besar inilah yang berjaya mengharungi dan menempuh pelbagai badai sejak ditubuhkan 73 tahun lalu. Ia tetap akan kukuh melainkan ditebuk dari dalam atau terlanggar batu besar yang merobek dindingnya.

Setakat ini, ia teguh dan selamat dalam pelayaran menuju cabaran getir Pilihan Raya Umum ke-15.

Sebagai nakhoda bahtera, Ahmad Zahid sudah pasti ada usaha dibuat untuk memastikan anak-anak kapal sentiasa mendengar kata dan mengikut ketetapan nakhoda dan pembantunya.

Ada juga kisah anak kapal yang terjun daripada bahtera untuk bersama kapal lain. Atau mereka singgah di pulau tertentu untuk membina kapal sendiri meneruskan pelayaran.

Tidak hairanlah sejak UMNO ditubuhkan pada 1946 pelbagai parti serpihan UMNO muncul iaitu Semangat 46, Parti Keadilan Rakyat dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Bagi pemerhati politik, penubuhan parti serpihan seperti PPBM lahir dari rasa dendam dan kekecewaan beberapa pemimpin UMNO sendiri. Mereka juga mahu menjadi nahkoda dalam sebuah kapal. Bina kapal sendiri.

Pemimpin ini menubuhkan parti baharu dan bergabung dengan pembangkang. Mereka berteriak mahu menghapuskan UMNO.

Bagi sesetengah pihak, mereka menyifatkan pemimpin seperti ini sebagai pengkhianat kerana bersekongkol dengan musuh politik iaitu DAP dan memusnahkan parti yang pernah berjasa kepada mereka.

Tidak kurang juga yang melihat pemimpin dengan parti serpihan mereka itu diperkudakan demi untuk kepentingan DAP. Demi kelangsungan hidup politik DAP.

Lihatlah, DAP memperkudakan beberapa bekas pemimpin UMNO termasuk bekas presiden bagi mendapatkan sokongan Melayu dalam Pakatan Harapan. DAP sudah mencuba pemimpin lain tetapi gagal merampas Putrajaya.

Ini ibarat Kisah Trojan Horse. Ketika tentera Sparta dan Athens membuat muslihat berundur dengan meninggalkan kuda Trojan sebagai ‘hadiah’ kerana gagal menakluki Kota Troy.

Apabila Boneka Kuda yang konon-kononnya sebagai persembahan kepada dewa ini dibawa ke dalam kota, rupa-rupanya disembunyikan bala tentera di dalam kuda Trojan tersebut. Akhirnya tentera Athens dan Sparta berjaya masuk kerana pintu kota dapat dibuka dari dalam.

Simbolik dari kisahnya, DAP menawarkan bekas pemimpin UMNO ini sebagai ‘hadiah’ kepada perjuangan mereka untuk mendapat sokongan pengundi Melayu dan akhirnya memecah-belahkan Melayu.

Bekas pemimpin UMNO inilah kuda Trojan yang dihantar oleh DAP.

Bagi Ahmad Zahid, ahli UMNO perlu wala kepada parti dan institusi kepemimpinannya. Setia kepada perjuangan parti. Kekal dalam parti walaupun

tidak menjadi pemimpin.

Beliau pernah mengingatkan ahli-ahli UMNO jangan membuat UMNO macam hotel atau rumah tumpangan. Sesuka hati ingin masuk dan pergi meninggalkan

UMNO.

Baginya, pejuang Melayu juga tidak akan khianat kepada parti yang pernah berjasa kepada mereka walaupun apa alasan sekalipun.

Apatah lagi bergabung dengan musuh politik memusnahkan UMNO. Maka sesuailah mereka berada dalam kumpulan longgokan orang-orang kecewa.

Selaras menghadapi PRU-15, ahli dan pemimpin UMNO jangan mengambil mudah untuk menewaskan musuh politik terutama dalam peperangan minda.

Dalam peperangan membabitkan penjenayah persepsi, mereka akan melakukan apa saja pendekatan bagi mencapai matlamat.

Mereka turut menggunakan kaedah character assassination atau pembunuhan karektor.

UMNO memerlukan strategi bersepadu untuk memenangi minda dan hati pengundi.

UMNO tidak boleh hanya bergantung kepada kaedah lama saja sebaliknya menggunakan pendekatan baharu terutama mendekati golongan muda atas 18 tahun

yang terdedah kepada pelbagia maklumat.

Sebenarnya, pendekatan perang saraf ini berlaku sejak dari dulu lagi.

Umpamanya ketika Perang Khandaq. Pada 5 Syawal Tahun 627 Masihi menjadi saksi tercetus Perang Khandaq @ Perang Ahzab yang berlangsung selama

sebulan. Perang yang mana 10,000 orang tentera musyrikin dari sekitar Tanah Arab memerangi Madinah.

Menyedari keadaan ini, Rasulullah SAW telah bermesyuarat dan mengambil idea bernas daripada Salman Al-Farisi untuk menggali parit di bahagian

utara Madinah yang telah dikenalpasti sebagai lokasi pintu masuk pihak musuh. Bahagian lain di sekeliling Kota Madinah dikelilingi oleh gunung-gunung dan

kebun-kebun kurma akan menyukarkan kaum musyrikin memasuki kota Madinah.

Berbekalkan semangat kerjasama dan tolong-menolong yang tinggi, umat Islam berjaya menggali parit sepanjang 5,000 hasta sebagai perangkap

kepada pihak musuh.

Bagi melaksanakan tugas ini, Nabi Muhammad SAW membahagi sahabat kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang dan

setiap kumpulan diarahkan mengali parit sepanjang 40 hasta dan Nabi Muhammad juga turut terlibat dalam projek itu.

Perang ini ada diceritakan dalam al-Qur’an dalam Surah Al-Ahzab. Pengepungan menjadi ‘pertarungan kepintaran’ dalam mana Muslim secara taktikal

mengalahkan musuh mereka dengan hanya mengalami korban kecil. Usaha bagi mengalahkan orang Islam gagal dan agama Islam bertambah berpengaruh

di rantau itu.

Perang Ahzab bukanlah peperangan yang membawa kepada kerugian dan keuntungan melainkan ia adalah perang saraf semata-mata.

Tiada pertempuran yang hebat antara kedua-dua belah pihak. Namun dalam catatan sejarah Islam ini adalah peperangan yang sangat tegang dan panjang,

yang berakhir dengan kekalahan di pihak musyrikin.

UMNO di bawah Ahmad Zahid telah menjelaskan betapa melalui kemenangan empat Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini terutama Tanjung Piai 16

November lalu

bahawa sebesar manapun dugaan yang dan cabaran yang datang mengasak, jika ahli UMNO bersatu padu, tiada apa pun yang boleh menggugat

perjuangan parti.

– SUARA MERDEKA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button