UMNO Nak Apa Lagi? PM Dan MB Johor Pun Dia Sudah Dapat – Nik Nazmi
Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mempersoalkan desas-desus yang timbul daripada sumber UMNO yang dikatakan mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor tidak lama lagi.
Soalnya, mengapa UMNO begitu mendesak mahu pembubaran DUN dibuat dan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan selepas itu walaupun setakat ini UMNO masih menafikannya.
“UMNO ni nak apa lagi? Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor dia dah dapat. Pakatan Harapan (PH) dah tangan tangan MoU tidak akan desak PRU-15 secara mendadak.
“Ketika rakyat tengah kehilangan pendapatan, harga barang pula naik mendadak, UMNO masih kemaruk nak dapatkan kuasa,” tulisnya.
Nik Nazmi berkata demikian menerusi satu kenyataan dalam Facebook miliknya ketika mempersoalkan kewajaran UMNO sekiranya pembubaran DUN dan PRN Johor benar-benar terjadi.