Nasional

Hala tuju industri Agrikomoditi dibantu golongan hawa

KEMENTERIAN Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) bersama 11 agensi diperkukuhkan hala tuju dengan penyertaan 30 peratus golongan wanita dalam industri tersebut.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin yakin, dengan adanya 34 orang wanita super power, kehadiran mereka kata beliau bukan untuk bersaing tetapi sebagai pelengkap dalam hala tuju KPPK.

“Penyertaan 34 peratus wanita sebagai pengerusi dan ahli lembaga pengarah di agensi-agensi dan majlis KPPK adalah bertepatan kerana mereka bukan sahaja berkelayakan tetapi mampu membuat keputusan.

“KPPK yang menjana pendapatan negara akan terus menyumbang dengan adanya golongan wanita yang menjadi ahli lembaga pengarah dan pengerusi dan mereka kenalah turun padang bagi membangunkan ekonomi dan produk negara,” katanya.

Zuraida berkata demikian pada majlis Eksklusif Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob & Pelancaran Jelajah Agrikomoditi #KeluargaMalaysia 2022 di Putrajaya, malam tadi.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KPPK, Datuk Ravi Muthayah, Timbalan-Timbalan Menteri KPPK, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng, Datuk Willie anak Mongin dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Majlis pelancaran Jelajah Agrikomoditi #KeluargaMalaysia 2022 disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Zuraida berkata, adalah menjadi hasrat memantapkan sinergi kementerian, agensi dan pemain industri Agrikomoditi agar halatuju KPPK berjalan serentak dan senada.

Katanya, apabila semua sumber bergabung dan semua aset digerakkan maka bantuan perkongsian antara satu sama lain dapat mengembangkan lagi sumbangan agrikomoditi kepada ekonomi negara.

“KPI kementerian menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dengan agrikomoditi meningkat 40 peratus dariapda RM80 bilion kepada RM101 bilion walaupun dalam negara dilanda pandemik Covid-19.

“Pandemik Covid-19 menyebabkan permintaan tinggi manakala penawaran rendah namun produk agrikomoditi yang ada, adalah berkualiti.

“Dengan adanya pemasaran baharu yang mantap dan agresif, strategi promosi yang unilateral tentang agrikomoditi negara akan saya bentangkan pada EU nanti,” katanya.

Zuraida berkata, Agrikomoditi yang dihasilkan oleh Malaysia seperti kayu kayan akan terus menerobos pasaran Asia, Asia Tenggara dan menerusi coklat berjenama Beryl’s, pasaran Timur Tengah akan ditembusi. – SM

(Visited 127 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button