BanjirNasional

Jangan abaikan amaran MetMalaysia – PM

AMARAN cuaca buruk hujan lebat berterusan sebelum banjir melanda negeri Selangor pada 18 Disember lalu dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) tidak diendahkan oleh sesetangah pihak.

Amaran itu tidak diendahkan oleh mereka yang terlibat secara langsung dalam pengurusan bencana kerana terdapat andaian hanya negeri di Pantai Timur yang akan terjejas oleh hujan lebat berterusan akibat luruan monsun.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mahu pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam menangani banjir di seluruh negara, mengambil berat amaran banjir yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.

Beliau berkata, selain persediaan bagi menghadapi musim tengkujuh yang lebih banyak tertumpu kepada negeri-negeri di Pantai Timur dan banjir luar biasa di Selangor yang berlaku baru-baru ini adalah di luar jangkaan banyak pihak.

“Berikutan keadaan banjir luar biasa yang tidak disangka itulah menjadikan situasi kelam kabut yang berlaku pada hari pertama pengurusan banjir di Selangor .

“Ia mengakibatkan pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk menjalankan operasi kerana berlakunya kompleksiti banjir bandar (urban flooding),” kata Perdana Menteri.

Tambah beliau, malah pengurusan banjir di Selangor masih tidak menunjukkan perubahan yang ketara pada hari kedua dan ketiga sehingga menyebabkan ketidakpuasan hati mangsa-mangsa berikutan kelewatan operasi menyelamat dan penghantaran bantuan.

Ismail Sabri berkata demikian pada Mesyuarat Khas di Dewan Rakyat hari ini. – SM

(Visited 164 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button