NasionalPolitik

UMNO hanya ingin memperalat Najib Lep

KEPUTUSAN mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pasir, Kapt (B) Najib Lep menyertai UMNO harus disertai dengan kesediaan beliau menghadapi situasi terburuk dalam karier politiknya termasuk kemungkinan diperalatkan oleh parti tersebut untuk tujuan tertentu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional Johor, Mohd Solihan Badri berkata, Najib tidak mempunyai kekuatan untuk menyumbang kepada kemenangan calon UMNO/Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Pagoh pada PRN15.

Hal ini kerana, prestasi politiknya yang merudum selepas tidak menjadi calon PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac lalu apabila tewas sebagai calon bebas pada PRN tersebut.

“Tindakan Najib menyertai UMNO cuma untuk menyambung talian hayat karier politiknya yang kian malap sebagai ahli bebas.

“Pada masa sama, UMNO yang menerima keahlian mantan ahli PAS itu hanya ingin memperalatkannya dan bertujuan untuk menarik kira-kira 1800 sokongan yang telah diberikan kepadanya bagi kerusi Parlimen Pagoh, katanya.”

Menurut Solihan, Najib yang pernah menjadi ADUN Bukit Pasir pada PRN14 memang cenderung kepada UMNO walaupun hakikatnya beliau merupakan seorang ahli PAS ketika itu menyebabkan kepimpinan PAS tidak mencalonkan beliau dalam PRN Johor lalu.

UMNO mahu memanfaatkan pengikut tegar beliau supaya menyokong BN bagi Parlimen Pagoh tetapi, mereka lupa Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai majoriti lebih besar dan BERSATU Johor yakin Pengerusi PN itu mampu mempertahankan kerusi di Parlimen itu.

Tan Sri Muhyiddin dan calon-calon PN di seluruh negara menjanjikan sebuah kerajaan baharu lebih bersih, berintegriti dan berprestasi tinggi selain prihatin rakyat dan komited memerangi rasuah di segenap peringkat. -SM

(Visited 282 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button