Politik

UMNO-BN pembangkang paling gagal dalam sejarah Malaysia

UMNO-BN merupakan parti pembangkang yang paling gagal dalam sejarah Malaysia, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, sepanjang menjadi pembangkang UMNO-BN gagal untuk melakukan demonstrasi di jalan raya dan langsung tidak menabur fitnah atau menghasut rakyat.

Kerana kegagalan itu katanya, Perdana Menteri Ketujuh (PM7) digulingkan oleh PM7 sendiri.

“Sebenarnya, UMNO-BN merupakan parti pembangkang paling gagal dalam sejarah Malaysia.

“Kita tak pandai fitnah, tak rajin hasut orang ramai turun jalanraya untuk gulingkan kerajaan, tak pernah baring-baring tepi jalan, takut untuk menipu, tak berani pukuk-memukul dalam pemilihan parti kita, tak reti kecohkan parlimen dan tak pernah angkat placard beramai-ramai dalam dewan rakyat.

“Kita cuma rajin sangkal fitnah-fitnah kerajaan, sering mendekati serta menjelaskan kepada Rakyat dan mengkritik dasar-dasar gagal kerajaan tipu sijil itu dengan fakta dan angka.

“Melihat kegagalan kita sebagai pembangkang, PM ke-7 pun gulingkan kerajaan PM ke-7 untuk kita,” katanya dalam hantaran di facebook.

Secara sinis beliau berkata, maka UMNO-BN pun dipecat serta-merta sebagai pembangkang dan terpaksa serahkan tugas kita kembali kepada geng professional pemfitnah, penipu level champion, tukang edit gambar, pakar guling-guling, kaki gaduh dan pakar penghasut yang banyak berpengalaman. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button