BeritaPolitik

UMNO akan letak calon di PRK Kimanis – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 4 Dis — UMNO akan meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kimanis yang bakal diadakan, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Secara tidak rasmi, kita akan meletakkan calon kita untuk pilihan raya kecil Parlimen Kimanis kerana kerusi itu milik kita. Ia milik UMNO,” katanya kepada pemberita di Perhimpunan Agung UMNO 2019, di sini.

Pada Isnin lepas, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi Parlimen Kimanis pada pilihan raya umum Mei tahun lepas, sekali gus memberi laluan kepada PRK kawasan itu.

Terdahulu Ahmad Zahid menyaksikan majlis menandatangani perjanjian MoU Penulisan Ensiklopedia UMNO yang akan dihasilkan oleh Biro Penerangan UMNO.

“Ensiklopedia ini adalah penerbitan rasmi Biro Penerangan UMNO Malaysia yang mengumpulkan semua dokumen penting parti sejak penubuhannya pada 1946 hingga hari ini.

— BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button