NasionalPolitik

UMNO ada akaun sulit, soal Annuar Musa

PARASIT ada di mana-mana termasuk di dalam parti politik dan itulah kenyataan yang tidak dapat disangkal tetapi boleh dibendung jika kena dengan cara atau kaedahnya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa membuat satu ciapan di akaun Twitter beliau hari ini berhubung dakwaan wujudnya akuan tidak beraudit sebanyak RM114 juta milik UMNO.

Memetik ciapan Annuar, beliau mempersoalkan akuan sulit UMNO?

“Pemimpin BERSATU atau parti lain tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang bersifat tuduhan,” kata Annuar dalam Twitternya.

Pada hemat Annuar, ia tidak membawa sebarang kebaikan dengan lemparan terkini terhadap UMNO.

Semua pihak tahu Annuar Musa sebagai seorang ahli politik dan penglibatan beliau dalam politik lebih 20 tahun.

“Lebih 20 tahun saya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

“UMNO tidak pernah buat keputusan membuka AKAUN RAHSIA/SULIT..Wallahuaklam..,” ciap Annuar.

Baca juga https://suaramerdeka.com.my/jangan-main-sedap-cakap-rm114-juta-dalam-akaun-tidak-beraudit/

Dalam kolum BELANG BERTEMPAT hari ini di SUARA MERDEKA, telah ditulis berhubung akuan gelap tidak beraudit berjumlah RM114 juta yang dikaitkan dengan UMNO.

Sementara itu, ciapan Annuar Musa mendapat maklumbalas pengguna media sosial Twitter da nada yang bersetuju dengan pandangan beliau.

Ada juga yang sinis dengan ciapan Annuar dan memetik contoh di sini, pengguna akaun Twitter M. Mustaqim @MustaqimAbuBkr membalas dengan catatan berikut: pecahkan tembelang UMNO rupa-rupanya (rupa2nya) ada AKAUN RAHSIA.

Ciapan balas turut diberikan oleh pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama Sri Nilam Club @KelabN melalui sebaris ayatnya – Ohhhh baru ku tahu.

Lebih ekstrim lagi ciapan yang ditulis oleh HeadsUP @HeadUp93 iaitu Wanna play safe? Wanna play victim? Hahaha UMNO (umno) bakal diharamkan? –  SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button