UM tegaskan tiada ahli geologi Sarah Jamal, artikle itu palsu
KANDUGAN artikle yang tular kononya terdapat gua kosong yang besar di bawah tanah Kuala Lumpur ditulis oleh pakar geologi dari Univerisiti Malaya (UM) adalah tidak benar.
Menurut laporan Berita Harian, Ketua Jabatan Geologi, Fakulti Sains UM, Prof Madya Dr Meor Hakif Amir Hassan berkata artikel itu kononnya ditulis oleh seorang ahli geologi terkemuka dari UM yang bernama Dr Sarah Jamal.
“Jabatan menegaskan bahawa tiada ahli geologi bernama Sarah Jamal yang berkhidmat di Universiti Malaya.
“Juga, tiada ahli geologi bernama Sarah Jamal didaftarkan di dalam senarai daftar Lembaga Ahli Geologi Malaysia,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi jabatan hari ini.
‘’Artikel tak berdasarkan fakta, palsu Katanya, kandungan artikel ini adalah tidak berdasarkan fakta dan adalah palsu.
Katanya, staf Jabatan Geologi UM mengambil langkah berhati-hati mengulas berkenaan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, memandangkan kerja-kerja operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan penyiasatan oleh pihak berkuasa masih berjalan.
“Punca kejadian itu juga masih tidak dipastikan,” katanya.
Terdahulu kejadian pagi Jumaat lalu, seorang wanita warga India berusia 48 tahun dilaporkan hilang dalam kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India.
Artikle Berkaitan :>
Susulan Tanah Jerlus Masjid India : Operasi terpaksa ditagguhkan
Sepasukan anggota bomba telah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 8.22 pagi