Nasional

Ujian Covid-19 PM pada 29 September negatif

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin disahkan negatif Covid-19 pada ujian terakhir yang beliau lalukan pada 29 September lalu.

Dalam satu kenyataan Muhyiddin berkata, dia mengambil ujian saringan pengesanan Covid-19 setiap dua minggu sejak April lalu sebagai langkah berjaga-jaga.

Beliau turut melakukan tiga ujian pengesanan COVID-19 dalam tempoh tiga minggu lalu iaitu pada 22, 26 dan 29 September 2020.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, saya juga melakukan ujian saringan pengesanan COVID-19 (ujian swab) setiap dua minggu sejak bulan April 2020 dan kesemua ujian pengesanan ini telah disahkan NEGATIF.

“Selain itu, saya telah melakukan tiga (3) ujian pengesanan COVID-19 dalam tempoh tiga minggu lalu iaitu pada 22, 26 dan 29 September 2020 dan didapati negatif.

Muhyiddin berkata, beliau akan menjalani kuarantin kendiri di kediaman sendiri selama 14 hari bermula hari ini atas nasihat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ini selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri disahkan positif jangkitan COVID-19 hari ini.

Menteri yang menjaga hal ehwal agama itu turut hadir ketika Muhyiddin mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 3 September lalu.

“Berdasarkan penilaian risiko yang dilakukan oleh KKM, mereka yang dikenalpasti kontak rapat semasa mesyuarat ini telah diberikan surat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selama 14 hari
dari tarikh 3 Oktober 2020 dan dipakaikan gelang pengawasan.

“Ahli mesyuarat yang bukan merupakan kontak rapat pula dinasihatkan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari bermula 3 Oktober 2020 hingga 16 Oktober.

“Dan memantau status kesihatan kendiri di rumah setiap hari menggunakan home assessment tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera,” kata Muhyiddin.

Menurutnya, pematuhan kuarantin tersebut tidak akan mengganggu urusan Kerajaan dan akan terus bekerja dari rumah dan menggunakan sidang video bagi mesyuarat yang perlu dipengerusikannya.-SM

 

(Visited 49 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button