UFC 2021: Usman terus juara, McGregor kekal merana
SEPANJANG tahun 2021, UFC telah menyaksikan 509 pertarungan dengan 19 kali perebutan kejuaraan (termasuk gelar interm).
Inilah madalah ereka yang mencuri tumpuan di gelanggang UFC sepanjang 2021. Tahun 2021 merupakan tahun ke-28 UFC. Jenama pertarungan MMA berasal Amerika Syarikat ini terus menampilkan pertarungan di octagon dan melahirkan juara baru.
Kamaru Usman jadi bintang UFC di kelas welterwieght sepanjang tahun 2021. Dirinya tiga kali mempertahankan tali pinggang kejuaraan.
Kamaru Usman mampu mengalahkan Colby Covington dua kali dan Jorge Masvidal.
Sedangkan di kelas heavyweight, Francis Ngannou jadi juara dengan mengalahkan Stipe Miocic pada UFC 260 dengan TKO.
Kelas Flyweight juga menghadirkan juara baru, iaitu Brandon Moreno. Dirinya menjadi orang Mexico pertama memenangi kejuaraan UFC setelah mengalahkan Deiveson Figueiredo dalam duel rematch di UFC 263.
Israel Adesanya yang cuba naik kelas ke light heavyweight, terkandas di tangannya Jan Blachowicz. Akan tetapi, Israel kembali mempertahankan kejuaraan kelas middleweight di UFC 263 setelah menumpaskan Marvin Vettori melalui kiraan mata.
Jan Blachowicz kemudian terpaksa merelakan tali pinggang kejuaraan dimiliki Glover Teixeira di UFC 267. Teixeira apabila tewas melalui rear naked choke.
Charles Oliveira jadi juara baru di kelas lightweight UFC setelah mengalahkan Michael Chandler pada UFC 262. Di akhir tahun 2021, Oliveira kembali mempertahankan kejuaraan setelah mengalahkan Dustin Poirier.
Tahun 2021 ini, nampaknya kekal sebagai tahun yang malang bagi Conor McGregor. Dia kalah dua kali kepada Dustin Poirier dalam pertarungan trilogi!
McGregor pun dijangka terpaksa lama meninggalkan gelanggang UFC, setelah menderita patah pergelangan kaki. Paling cepat, pertengahan tahun 2022 nanti The Notorious baru boleh comeback.