Nasional

Udang kara bernilai RM33,000 dirampas MAQIS

JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) berjaya menumpaskan cubaan membawa masuk 197 kilogram (kg) udang kara air tawar bernilai RM33,000.

Udang itu dipercayai cuba dibawa masuk dari Indonesia pada 16 Januari lalu.

Pengarah MAQIS Selangor, Dr. Tarmisal Alimin dalam satu kenyataan memberitahu, rampasan dilakukan ketika pemeriksaan dilakukan di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 4 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati udang kara import itu tidak mempunyai sebarang dokumen sah seperti Permit Import MAQIS.

“Pengimportan udang kara tanpa Permit Import MAQIS adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta 728 yang boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya,” katanya.

MAQIS katanya, sentiasa teliti dalam melakukan pemeriksaan bagi setiap komoditi haiwan, tumbuhan serta karkas sama ada yang diimport atau dieksport bagi mengawal dan menjaga biosekuriti dan kawalan penyakit serta keselamatan makanan di dalam negara. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button