Luar Negara

UAE berhenti eksport gandum dari India

EKORAN isu aliran perdagangan global, untuk tempoh selama empat bulan, negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) menghentikan eksport dan eksport semula gandum dari India.

Semalam UAE berkata, langkah itu berkuat kuasa pada 13 Mei selepas India, pengeksport komoditi kedua terbesar dunia menghentikan eksport gandum untuk meningkatkan keselamatan makanannya atau food security.

Syarikat yang ingin mengeksport gandum dan tepung gandum India yang telah diimport ke negara itu sebelum 13 Mei perlu mendapat kebenaran kementerian untuk mengeksport semula ke luar UAE, lapor agensi berita nasional WAM.

“Kementerian Ekonomi memaklumkan keputusan dibuat susulan perkembangan antarabangsa yang telah menjejaskan aliran perdagangan,” lapor WAM.

Krisis Rusia-Ukraine telah menjejaskan sejumlah komoditi perdagangan global termasuk gandum, jagung, dan minyak bunga matahari. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button