NasionalNegeri

Tunku Ismail dilantik Pemangku Raja

BERMULA hari ini, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan melantik anakanda sulung baginda, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja.

Baginda mengumumkan perkara itu ketika bertitah merasmikan mesyuarat kedua (pembukaan rasmi) bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Johor.

“Saya melantik Tunku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja, saya ingin berehat sekejap, terima kasih, mulai hari ini,” titah baginda.

Baginda bagaimanapun tidak menyebut tempoh jawatan itu akan dipegang oleh Tunku Ismail, menurut laporan Bernama hari ini.

Kali terakhir Tunku Ismail dilaporkan memegang jawatan tersebut apabila banginda dilantik pada 10 Ogos 2019.

Seminggu lalu, pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan, berundur dan menyerahkan urusan harian kelab itu kepada pengurusan tertingginya.

Menerusi hantaran di laman media sosial Facebook Johor Southern Tigers pada 9 Jun lalu, Tunku Ismail berkata, keputusan itu adalah disebabkan tanggungjawab dan komitmennya yang lain. – SM

(Visited 456 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button