Politik

Tuntutan akhir Bersatu Hulu Selangor kepada pemimpin PN

TINGGAL beberapa jam sahaja lagi menjelang pengumuman calon Perikatan Nasional (PN) malam ini, Bersatu Hulu Selangor terus membuat kecoh dengan tuntutan akhir terhadap pucuk pimpinan tertinggi parti supaya meletakkan Khairul Azhari Saut sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali, Selangor.

Tuntutan dibuat susulan spekulasi bekas ahli jawatankuasanya, Muhammad Muhaimin Harith bakal dipilih sebagai calon PN di kerusi tersebut dan bukan seperti mana yang dicadangkan oleh bahagian itu kepada pemimpin tertinggi PN.

Ketua Bersatu Hulu Selangor, Md Anuar Mohd Nor berkata, Bersatu Bahagian itu sebulat suara menyokong Khairul yang juga Timbalannya memadangkan beliau adalah antara orang lama dalam parti dan bekerja keras untuk mengukuhkan parti itu.

“Beliau juga mempunyai hubungan baik dengan rakan komponen PN dan pengundi bukan Melayu yang memberi kelebihan jika beliau dicalonkan pada PRN bulan depan.

“Saya berharap pihak pimpinan tertinggi mendengar dan mengambil kira pandangangan Bersatu Hulu Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, media melaporkan kekecewaan Bersatu Hulu Selangor terhadap pucuk pimpinan parti kerana meminggirkan peranannya dalam memutuskan calon PN di DUN Batang Kali pada PRN 12 Ogos ini.

Menurut Anuar, rasa tidak puas hati itu menyebabkan ada ahli mengugut mahu menutup jentera dan meluahkan kemarahan di media sosial dengan memuat naik gambar mereka membakar dan memijak bendera PN.

PN akan mengumumkan calon PRN Selangor di padang awam MBPJ Taman Medan, jam 8 malam ini.

Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas, DUN Batang Kali dimenangi wakil Bersatu, Harumaini Omar.

Bagaimanapun beliau keluar parti susulan Langkah Sheraton dan menyertai parti Pejuang. – SM

BACA Pilih calon Batang Kali, Bersatu Hulu Selangor dipinggir

(Visited 193 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button