Politik
Tun M tidak muncul untuk pengerusikan mesyuarat
PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pagi ini sepatutnya mempengerusikan mesyuarat di pejabatnya di Putrajaya.
Beliau sepatutnya mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Negara bersama beberapa menteri Kabinet.
Antara menteri Kabinet yang hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Malah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dilihat memasuki bangunan Putra Perdana, pagi ini.
Namun, disebabkan Dr. Mahathir tidak hadir, mereka dilihat meninggalkan Bangunan Perdana Putra jam 10.28 pagi tadi.