fbpx
Politik

Tun M kepalai pembentukan kerajaan baharu, tak wujud langkah Sharaton

LANGKAH Sheraton yang dimomokkan oleh Pakatan Harapan (PH) ketika ini sebenarnya tidak wujud kerana langkah sebenar untuk membentuk kerajaan baharu berlaku di rumah Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri.

Malah Dr. Mahathir sebenarnya yang mengepalai atau mengetahui pembentukan kerajaan baharu itu dengan sokongan 131 Ahli Parlimen.

Ini berdasarkan kronologi perjumpaan pada 23 Februari 2020 di rumah Dr. Mahathir yang tidak diketahui ramai.

Berdasarkan kepada hantaran di Facebook Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Idris, jika dilihat kepada kronologi perjumpaan tersebut langkah Sheraton hanya sekadar momokan kerana langkah sebenar bermula di rumah Dr. Mahathir.

Dalam hantaran itu turut disertakan sekeping gambar yang di ambil pada pukul 2.30 petang 23 Februari 2020 iaitu gambar perjumpaan di rumah perjumpaan di rumah Dr. Mahathir sebelum pergi ke istana negara untuk serah akuan bersumpah131 Ahhli Parlimen.


Semua 131 AHli Parlimen itu memberi sokongan kepada Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri melalui kerajaan Perpaduan Ummah melibatkan UMNO, Pas, Bersatu GPS, WARISAN dan bekas-bekas Ahli Parlimen PKR.

Tidak wujud langkah Sheraton seperti yang dimainkan pihak PH kerana Tun Mahathir sendiri mengepalai pembentukan kerajaan baru dengan sokongan 131 Ahli Parlimen.

Tetapi setelah semua ketua parti pergi ke Istana Negara menghadap Yang di-Pertuan Agong, Dr. Mahathir telah berubah secara tiba-tiba mahu tubuh “Unity Goverment”.

Berikut adalah kronologi apa yang berlaku pada 23 Februari 2020 yang membawa kepada penubuhan kerajaan baharu.

11 pagi

  • Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu bermula
  • Tan Sri Muhyiddin Yassin menerangkan satu persatu kedudukan politik sekarang dan kedudukan Bersatu
  • Dalam mesyuarat ini Dr. Mahathir mengatakan ‘Setiausaha Politik saya mengetuk meja tidak mengormati saya.
  • Majoriti ahli MPT bersetuju Bersatu keluar dari PH, cuma jangan umum lagi. Bagi masa kepada Dr. Mahathir. Bila masa Dr. Mahathir akan menghadap Agong untuk tubuh gabungan kerajaan baharu. Apabila Dr. Mahathir bersedia maklumkan kepada parti, kita akan trigger untuk keluar PH.
  • Mesyuarat memutuskan untuk keluar PH dengan undia majoriti.

2 petang

  • Presiden parti, Muhyiddin (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (UMNO), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (Warisan), Datu Patinggi Abang Johari (GPS) dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke rumah Dr. Mahathir di Mines untuk menunjukkan akuan bersumpah 131 Ahli Parlimen   menyokong Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan berbincang mengenai penubuhan Parikatan Nasional (PN).
  • Dr. Mahathir bersetuju untuk teruskan dengan rancangan dan keputusan oleh MPT Bersatu.

5 petang

  • Lima presiden parti (Muhyiddin, Ahmad Zahid, Abdul Hadi Awang, Mohd Shafie, Abang Johari) serta Mohamed Azmin bertolak ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong dari rumah Dr. Mahathir di Mines.

6 petang

  • Lima presiden parti (Muhyiddin, Ahmad Zahid, Abdul Hadi Awang, Mohd Shafie, Abang Johari) serta Mohamed Azmin selesai menyerahkan akuan bersumpah kepada Yang di-Pertuan Agong.
  • Azmin mengatakan semua 131 Ahli Parlimen terbabit berada di Kuala Lumpur
  • Sepatutnya malam itu umumkan kerajaan baharu
  • Disebabkan tidak ada pengumuman memutuskan untuk adakan pertemuan dengan Ahli Parlimen terbabit.
  • Buat keputusan untuk makan malam di Sheraton
  • Pada malam itu Muhyiddin berjumpa dengan Ahli Parlimen Bersatu
  • Terangkan kenapa rancangan itu tidak berlaku dan apa langkah seterusnya.
  • Malam itu Syed Saddiq hadir dan bertanya kenapa Datuk Seri Mukhriz tidak dijemput?
  • Yang keluarkan jemputana adakah Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya

8 malam

  • Majlis makan malam di hotel Sheraton Petaling Jaya
  • Majlis anjuran Mohamed Azmin
  • Semua Ahli Parlimen Bersatu, UMNO, Pas dan GPS di jemput

 

 

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button