Nasional

Tun M dimasukkan ke IJN, dijangkiti Covid-19

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 97, disahkan positif Covid-19, pagi ini.

Pejabat beliau dalam satu kenyataan memaklumkan, pemimpin itu kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

“Tun dimasukkan ke IJN untuk pemantauan buat beberapa hari seperti yang dinasihatkan oleh pasukan kesihatan,” kata kenyataan itu.

Awal tahun ini, Dr. Mahathir menerima rawatan di IJN kerana faktor kesihatannya dan dibenarkan pulang pada 5 Februari lalu selepas keadaan bertambah pulih.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button