Nasional

Fikir secara matang sebelum beri kerakyatan kanak-kanak tak bernegara

GUNA pemikiran atau akal yang waras sebelum memberi kerakyataan kepada golongan yang tidak bernegara.

Malaysia tidak seharusnya menjadi negara pak sanggup dengan memberikan kerakyataan sewenang-wenangnya walaupun itu dianggap oleh Ahli Parlimen Klang Charles Santiago sebagai hadiah terbaik sempena Hari Kebangsaan.

“Ini ialah memberikan kerakyatan kepada kanak-kanak tidak bernegara (tidak mempunyai kerakyatan) supaya mereka dapat menyambutnya sebagai rakyat negara ini,” katanya.

Beliau berkata, walaupun setelah 65 tahun merdeka, kehidupan ramai kanak-kanak di Malaysia “kekal terbelenggu” kerana kerajaan enggan mengiktiraf mereka, menafikan mereka akses kepada pendidikan atau penjagaan kesihatan.

Menyingkap kisah menyayat hati ramai kanak-kanak ini, Santiago berkata, “keadaan mesti berubah untuk kanak-kanak ini”.

“Untuk (keadaan berubah), kerajaan mesti mengkaji semula cara mereka menilai permohonan kerakyatan dan menyampaikan kepada pemohon sebab-sebab permohonan mereka ditolak,” katanya dalam kenyataan seperti dipetik FMT.

“Kita memerlukan prosedur operasi standard yang telus dan diperkemas untuk permohonan kerakyatan agar perkara yang tidak konsisten dapat dikurangkan.

“Kanak-kanak ini, ada antaranya yang sudah pun dewasa, mempunyai impian dan cita-cita. Namun, bukan sahaja mereka tidak dapat mencapainya, malah mereka terdedah kepada penganiayaan, eksploitasi dan pemerdagangan

“Jadi, saya menggesa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk mengkaji dengan lebih mendalam isu kanak-kanak tidak bernegara ini,” katanya. – SM

(Visited 172 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button