Berita

Tun M dimasukkan ke IJN

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Insititut Jantung Negara (IJN) bagi menerima rawatan kesihatan.
Menurut IJN dalam satu kenyataan pada Khamis, Tun Mahathir tiba di IJN pada kira-kira jam 7 petang semalam.
“Beliau akan menjalani pemeriksaan kesihatan penuh dan memerlukan pemerhatian lanjut.

“Tun dijangka berada di IJN untuk beberapa hari akan datang,” jelas kenyataan itu.
Untuk rekod, Ahli Parlimen Langkawi itu sebelum ini pernah mendapat serangan jantung pada tahun 1989, dan dua lagi serangan jantung pada tahun 2006 di mana setahun kemudian beliau menjalani pembedahan pintasan kuadrup.
Kesemua rawatan jantung Mahathir dan jangkitan dada seterusnya telah dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button