Jenama kelengkapan perjalanan gaya hidup mewah TUMI telah memperkenalkan siri koleksi beg baharu, kali ini disesuaikan untuk peminat atau pun atlet e-sukan.
Siri koleksi beg e-sukan pro-level pertama jenama ini direka untuk menandingi gaya hidup atlet dan juga melindungi perkakasan penting mereka – papan kekunci, komputer riba, tetikus, konsol, dan periferal lain yang menjadikan imej sebagai pemain e-sukan lebih menyerlah.
Dengan menggabungkan fungsi dan reka bentuk yang tidak begitu besar, rekaan koleksi TUMI ini nampak mewah dengan perincian rekaannya serta keperluan asas yang penting untuk atlet e-sukan.
Koleksi ini merangkumi Esports Large Pro Backpack dan Pro Sling, Pro Accessories Case, dan Pro Crossbody mudah untuk dibawa dalam perjalanan yang tidak terlampau besar atau berat.