Jenayah

Tular video polis melepaskan sembilan das tembakan

Baru-baru ini telah tular satu video berdurasi 13 saat pihak polis cuba menghentikan sebuah kereta jenis Proton Wira dan melepaskan sembilan das tembakan ke arah kenderaan terbabit di Jalan Kepong Kelmarin.

Dalam kejadian itu memaparkan tiga anggota polis melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta di jalan yang sesak dimuat naik oleh seorang penguna media sosial.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 7.45 pagi sebelum kenderaan dipandu kedua-dua suspek terbabit terbabas lebih kurang 10 minit.

Kenyataan dari pihak polis

“Anggota URB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul sedang membuat rondaan dan terserempak kereta dipandu dua lelaki tempatan terbabit dalam keadaan mencurigakan.

“Kereta terbabit diarah berhenti tetapi mereka enggan dan terus melarikan diri lalu dikejar (polis) sehingga ke jalan yang berlaku kesesakan (video tular),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Jelasnya lagi, anggota polis mengejar suspek bermula dari Taman Pusat Kepong sehingga Laman Rimbunan, Jalan Kepong di sini, yang sesak menyebabkan suspek mengundurkan kereta dan melanggar anggota URB berkenaan.

“Dua anggota URB turun dari motosikal dan dalam konteks untuk memberhentikan kereta yang memberi ancaman kepada orang lain mereka melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

“Kesemua tembakan dihalakan pada tayar kereta yang menyebabkan kebocoran tayar dan kenderaan suspek terbabas ke tepi jalan,” katanya.

Mohd Shuhaily berkata, kedua-dua suspek keluar dari kereta dan melarikan diri ke arah sebuah kawasan perumahan.

Katanya, semakan mendapati kereta terbabit dimiliki seorang wanita tempatan yang meminjamkan kepada seorang lelaki lain bagaimanapun buat masa ini tidak dapat dipastikan pembabitan individu berkenaan.

“Pemeriksaan dalam kenderaan menemui besi buruk yang mungkin dicuri…kita tak dapat kenal pasti apa tujuan barang-barang ini buat masa ini,” katanya.

Susulan itu, pihak polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan yang dipercayai boleh membantu mengesan suspek terbabit iaitu Ganesan Olakanathan, 40.

“Kita kesan Ganesan kerana kita percaya dia orang yang boleh bantu siasatan…buat masa ini dia bukan suspek… laporan forensik pun masih belum dapat.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (cubaan membunuh) dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan (menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam,” katanya.

Artikle Berkaitan :>

Jenayah siber ancaman serius kepada pengguna – Pemangku Raja Perlis

Guna kaedah operasi, taktikal dan strategik, statistik jenayah di Dang Wangi menurun

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button