Nasional
Tukiye Negara Islam Yang Progresif, Tiada Isu Gugat Hubungan Persaudaraan
Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob beranggapan Turkiye merupakan salah sebuah negara Islam yang progresif.
Dalam masa sama, Turkiye juga harus dipandang sebagai rakan perdagangan yang akrab dan istimewa bagi Malaysia.
Kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan, hubungan erat dan kerjasama strategik antara Malaysia dan Turkiye mempunyai prospek yang sangat memberangsangkan.
Justeru, saya percaya bahawa tiada isu yang boleh menggugat hubungan persaudaraan di antara Malaysia dan Turkiye.