Mahkamah

Tukang perabot didakwa di mahkamah bunuh bekas isteri

SEORANG tukang perabot berusia 33 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini atas pertuduhan membunuh bekas isterinya pada Rabu lalu.

Tertuduh, Oh King Zee, mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Rashidah Baharom.

Memetik laporan BERNAMA, bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

King Zee yang mempunyai dua anak didakwa membunuh Goh Jing Pei, 27, di Taman Ehsan Jaya,  Johor, pada kira-kira pukul 6.00 pagi, 15 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Benedict Choong Kai-Qi manakala tertuduh diwakili peguam Yap Che Kai.

Mahkamah menetapkan 6 September depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat, kimia dan perubatan. – SM

(Visited 239 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button