Nasional

Tuduhan Dr. Musa terhadap Dr. Noor Hisham sangat melampau

TUDUHAN doktor swasta, Dr. Musa Nordin terhadap Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan (KP), Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah kononnya tidak melindungi petugas penjagaan kesihatan (HCW) dalam memerangi COVID-19 dianggap sebagai sangat melampau.

Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) berkata, tuduhan Perunding Pediatrik dan Perubatan Hospital Pakar KPJ Damansara  tersebut tidak adil kerana kekurangan peralatan perlindungan peribadi (PPE) untuk kegunaan dokor adalah masalah global.

Prsiden I-Medik, Profesor Dr. Azmi Md Nor berkata, perkhidmatan kesihatan di negara-negara maju seperti United Kingdom (UK), Perancis dan Itali juga mengalami kekurangan PPE sehingga mengakibatkan kematian doktor dan jururawat.

Kekurangan PPE juga menjadi lebih kritikal apabila ada negara seperti Amerika Syarikat yang memaksa syarikat pembekal mengeksport topeng muka dari hub di Singapura terus ke negara terbabit.

“Oleh itu, untuk ahli pediatrik hospital KPJ untuk menyalahkan KP KKM dan pasukannya atas masalah ini adalah sangat melampau.

“Kita berhadapan dengan pandemik berskala besar yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Oleh itu cara untuk maju ke hadapan adalah untuk semua orang bersikap empati dan mengelakkan diri daripada menjatuhkan moral barisan hadapan dengan melancarkan permainan menyalahkan orang lain,” tegas Dr. Azmi.

BACA

Dr. Azmi mengulas laporan sebuah portal berita yang mendakwa Dr. Musa menuduh pihak berkuasa kesihatan gagal melindungi petugas kesihatan daripada virus COVID-19 berikutan kira-kira 30 orang daripada mereka dijangkiti wabak tersebut.

Dalam laporan itu, Dr. Musa turut menggesa Dr. Noor Hisham dan pasukannya turun ke kelapangan dan melawat hospital-hospital yang terjejas.

Doktor swasta itu juga mendakwa kakitangan perubatan tidak dilengkapi dengan alatan perlindungan yang diperlukan termasuk PPE.

“Dengan bebanan yang ditanggung oleh Dr. Noor Hisham dan pasukannya, kami I-Medik memohon agar beliau diselamatkan daripada tuduhan yang tidak berasas dan serangan yang tidak perlu.

“Ini bagi memelihara perpaduaan bagi seluruh rakyat Malaysia untuk menghadapi cabaran ini,” kata Dr. Azmi.

Menurutnya, KKM telah mengambil langkah yang sangat baik bagi melindungi petugas kesihatan. Sehingga kini 181 petugas kesihatan yang positif Covid-19 tidak seorang pun dijangkiti virus tersebut ketika merawat pesakit Covid-19.-SM

(Visited 1,258 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button