Nasional

Video tular ATM pukul orang awam palsu, kejadian di Bangladesh

TUDUHAN bahawa anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  mencederakan orang awam ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah palsu

ATM menafikan tuduhan seorang individu yang dikatakan dipukul dan dicederakan oleh anggota pasukan keselamatan itu memberitahu, video itu berlaku di Bangladesh pada 2019.

Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang menegaskan, tuduha liar yang tular di media sosial itu adalah berita palsu dan mereka yang menyebarkannya, boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Gambar tular berkenaan merupakan kejadian yang dilaporkan dalam Facebook Govt. Commerce College, Chittagong, Bangladesh bertarikh 17 Julai 2019.

“Masyarakat diminta berhenti menyebarkannya serta-merta, kerana mesej atau informasi itu boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Affendi berkata, orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini berhubung PKP, melalui Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) di pautan https://t.me/MKNRasmi.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa keping gambar dan audio, yang mendakwa seorang lelaki cedera dipukul oleh anggota tentera, kerana mengingkari PKP. – BERNAMA

(Visited 203 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button