Politik

Tubuh Perbadanan Konstituensi untuk belum ‘berjawatan’ dalam Kabinet

KERAJAAN disaran menubuhkan Perbadanan Konstituensi bagi setiap konstituensi parlimen kepentingannya, bermula dengan konstituensi untuk tempatkan pemimpin yang masih belum ‘berjawatan’ dalam Kabinet.

Mencadangkan perkara itu ketika isu kepimpinan politik diberi mandat menerajui syarikat milik kerajaan (GLC) diperkatakan waktu ini, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr. Hasan Mad menjelaskan, perbadanan itu kelak adalah kepunyaan Perikatan Nasional (PN), bukan milik kerajaan.

BACA > COVID-19: Singapura melebihi 32,000 kes dengan 383 kes baharu — Suara Merdeka

Menerusi perbadanan itu, semuanya diletakkan terus di bawah Pengerusi  PN dengan setiap perbadanan mempunyai minimum dua fungsi utama – perkhidmatan awam (public services) dan korporat.

“Saya tak mahu huraikan perinciannya. Saya nak tengok dulu respon daripada semua pihak terhadap ilham ini.

“Jika Perdana Menteri setuju, mohon lepaskan, jika pun tak semua, setidak-tidaknya sebahagian daripadanya, dari menerajui GLC. Ramai Melayu sehebat czar layak galas tugas dan amanah ini.

“Bagaimana kita ambil jalan tengah selesaikan kemelut ini (kepimpinan politik teraju GLC). Pemimpin pun ada dilemanya sendiri. Kepentingan politik nak kena jaga.

“Kepekaan rakyat yang hendakkan kepimpinan GLC diterajui Melayu sehebat czar, pun nak kena dengar.

“Hakikatnya, kita semua nak harungi badai ekonomi yang amat ganas, maka dah tiada masa nak berpolitik,” kata beliau kepada SUARA MERDEKA hari ini.

BACA > #Indonesia? Terserah!! Manifestasi kekecewaan rakyat Indonesia — Suara Merdeka
BACA > Polis ambil keterangan 33 saksi berhubung majlis perkahwinan di kuil — Suara Merdeka

Pada masa sama, kata Hasan, mana-mana ketua pegawai eksekutif (CEO) yang selama ini terbukti kurang menyerlah, wajar digantikankan mereka dengan Melayu yang lebih kompeten, bersih, sekap, amanah, hebat dan bermaruah – yang peka terhadap agenda Melayu dan tiga teras utama Dasar Ekonomi Baru (DEB).

“Seterusnya, wajibkan semua mereka itu hadiri kursus induksi untuk direvolusikan minda mereka. Lepas itu, menjadi tugas ICU pula untuk buat pemantauan dan penilaian berkala serta rating akan prestasi setiap satunya.

“Kita sudah tiada masa. Berhentilah bertelagah dan segeralah berkompromi dalam tangani kemelut ini.

BACA > Rumah asnaf malas kotor – Mufti Perlis — Suara Merdeka
BACA > Pemergian Ahmad Talib kehilangan besar negara – PM — Suara Merdeka

“Jika ada dalam kalangan pembaca punyai ilham lebih bernas, sila lontarkan. Rambut jangan putus, tepung jangan berselerak,” kata beliau. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button