Luar Negara

Trump lakukan serangan seksual ke atas bekas model 13 tahun lalu

Pasukan kempen pemilihan semula Presiden AS tepis dakwaan

KERJAYA seseorang ahli politik itu, tidak kiralah sama ada dia seorang Presiden atau Menteri, boleh jatuh merudum sekiranya terlibat dengan skandal seksual.

Di Amerika, sekarang heboh dengan kempen pemilihan semula Presiden dan pada waktu inilah, pelbagai cerita atau konflik masa lampau akan timbul yang mana ia akan menjejaskan reputasi empunya tubuh.

Watergate Scandal pernah menjahanamkan kerjaya politik. Dan hari ini, pada kempen pemilihan semula Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menolak laporan sebuah akhbar mengenai seorang bekas model mendakwa pemaju hartanah New York itu melakukan serangan seksual dan merabanya di kejohanan tenis Terbuka AS pada 1997.

Isu panas itu bukannya baharu berlaku sebaliknya ia terjadi lebih sedekad yang lalu. Dikorek semula, Amy Dorris dalam wawancara eksklusif bersama The Guardian berkata, Trump menyerangnya di luar sebuah bilik mandi di kawasan VIP ketika kejohanan pada 13 tahun lalu. Menurut laporan itu, Dorris berusia 24 tahun ketika itu.

“Dia menjelirkan lidahnya ke leher saya dan saya menolaknya. Dan ketika itulah genggamannya bertambah erat dan tangannya meraba punggung, dada dan belakang saya,” kata Dorris dipetik akhbar itu.

Menurut Penasihat Undang-Undang kempen Trump, Jenna Ellis, dakwaan yang dilemparkan  itu adalah palsu.

“Kami akan mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas The Guardian atas penerbitan laporan berniat jahat yang tidak berasas ini,” tegas Jenna.

Sementara itu, usaha bagi mendapatkan komen daripada Dorris tidak berjaya. The Guardian pula menerusi satu e-mel mempertahankan laporan yang dikeluarkan itu.

Akhbar itu menyiarkan beberapa keping gambar didakwa diberikan oleh Dorris yang menunjukkan beliau bersama Trump dan menemu ramah beberapa individu yang tahu tentang kejadian itu selepas dimaklumkan oleh Dorris pada ketika itu.

The Guardian berkata, Dorris memberikan enam keping gambarnya bersama Trump yang menunjukkan mereka bersama serta tiket ke kejohanan itu ketika kejadian berkenaan berlaku. – SUMBER TERJEMAHAN FMT – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button