TEMCO: Pejabat Pos Kota Setar beroperasi seperti biasa
SEMUA pejabat pos dan cawangan Pos Laju di daerah Kota Setar, Kedah yang daalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Pos Malaysia menerusi kenyataannya memaklumkan bahawa penerusan operasi adalah dikuatkuasakan sehingga 25 September ini.
Menurut kenyataan itu lagi, walau bagaimanapun, pengguna perkhidmatan Pos Laju perlu bersabar kerana berhadapan dengan jangkawaan kelewatan dalam penghantaran.
Kelewatan penghantaran, ujar kenyataan itu lagi, terutamanya yang melibatkan premis-premis perniagaan di sekitar kawasan Kota Setar yang ditutup sepanjang pelaksaan TEMCO.
“Para pelanggan adalah dinasihatkan memathui prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Ini termasuk pemakaian pelitup muka (face mask) dengan betul, sentiasa jaga penjarakan fizikal atau penjarakan sosial ketika berurusan di kaunter pejabat pos atau cawangan Pos Laju,” katanya. – SM