Hiburan

Captain Amerika tak sengaja termuat naik visual alat sulitnya di IG Story

Ops Captain Amerika. Tak sengaja katanya termuat naik foto alat sulitnya di Instagram Storynya (IG Story) dan kini, ia menjadi trending di Twitter.

Chris Evans yang mendukung watak sebagai Captain dikatakan tanpa sengaja telah berkongsi foto alat sulitnya ketika dia bermain permainan filter di IG Story.

Memetik laporan Mail Online, perbuatan Evans adalah tanpa sengaja dan pelakon berusia 39 tahun itu telah berkongsi visual dalam bentuk video berdurasi pendek di IG Story semalam.

Ketika itu, sekali lagi diperjelaskan bahawa Evans sedang bermain Head Up game bersama rakannya.

Turut difahamkan di penghujung video berkenaan, terpapar galeri foto pelakon itu.

Netizen juga perasan terdapat gambar atau imej alat sulit Captain America yang ada dalam galeri foto.

Bagaimanapun tindakan pantas diambil dan foto berkenaan telah diturunkan serta dipadamkan.

Segelintir peminat Evans yang juga pelakon Avengers itu tampil mempertahankan dia.

Para peminat Evans turut menyifatkan bahawa foto tersebut tidak sepatutnya tersebar bagi menghormati kredibiliti aktor itu sebagai figura terkenal.

Bagaimanapun, gambar tersebut tidak memberi apa-apa bayangan atau spekulasi kerana arca atau imej alat sulit Captain Amerika tidak kelihatan dengan jelar.

Ia sekadar sama-samar sahaja.

Moral of the story, hati-hatilah apabila bermain atau membuat rakaman IG Story. Bukan sahaj ia mampu memberi kesan negatif jika terlewat untuk membaiki keadaan tetapi juga akan menjatuhkan imej, maruah serta reputasi.

Tidak kira sama anda anda hero seperti Captain America atau selebriti biasa. – SM

(Visited 308 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button