NasionalNegeri

Treler Jualan RAHMAH Bergerak/Mobil permudah dapatkan barangan keperluan harian

TIMBALAN Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini telah melancarkan Treler Jualan RAHMAH Bergerak/Mobil sempena Love Penang Agrofest@Pesta Mengkuang 2023 yang diadakan di Kubang Semang Butterworth, Pulau Pinang.

Program Jualan RAHMAH ini dilaksanakan dengan tiga cara iaitu membuat jualan di dalam premis yang sesuai seperti pasar raya, hypermarket dan sebagainya.

Kedua adalah secara di lapangan di mana KPDN bekerjasama dengan pemimpin tempatan membawa pemain-pemain industri untuk membuat jualan di kawasan Parlimen dan DUN.

“Cara yang ketiga sepertimana yang telah dilancarkan sebelum ini adalah diadakan secara bergerak/mobil oleh rakan strategik KPDN yang akan mengadakan jualan secara bergerak/mobil di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan pasar raya atau premis peruncitan yang bersesuaian serta jauh untuk mendapatkan barangan keperluan harian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, di peringkat negeri Pulau Pinang, pelaksanaan Jualan RAHMAH Bergerak/Mobil ini telah dirancang dan akan menjelajah ke semua DUN bermula hari ini sehingga 28 Jun 2023.

Katanya, ini bagi memberi peluang kepada rakyat Pulau Pinang membuat persediaan menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha pada minggu hadapan.

Program Jualan RAHMAH, kata Fuziah lagi, akan diteruskan di semua kawasan Parlimen di Pulau Pinang dengan kekerapan dua kali sebulan sehingga Disember nanti.

“Objektif utama Program Jualan RAHMAH Bergerak/Mobil ini diadakan adalah bagi memastikan program ini sampai secara terus kepada golongan sasar dengan membawa barangan keperluan harian terus ke lokasi penempatan rakyat.

“Selain itu, program ini juga untuk menyediakan barangan keperluan harian kepada masyarakat setempat pada harga yang mampu milik dan pada masa yang sama, program ini juga dapat membantu menghidupkan kembali ekonomi seluruh anggota masyarakat setempat setelah berdepan pandemik sejak dua tahun lepas,” ujar beliau.

Tambah beliau, inisiatif ini juga memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan barangan keperluan asas harian sehingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran setempat.

“la sekali gus dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat Malaysia MADANI dan seterusnya, program ini dapat memberi manfaat kepada golongan yang kurang berkemampuan di negeri ini yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup,” katanya. – SM

BACA Program Jualan Mega Ehsan RAHMAH tumpu 7 barang keperluan asas

BACA Belia, penuntut IPT tunggu durian runtuh e-Tunai Rahmah

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button